22-Jan-2025

MAJLIS PERASMIAN WARNA KORPORAT DAN PENYERAHAN BAS BAHARU UMK


MAJLIS PERASMIAN WARNA KORPORAT DAN PENYERAHAN BAS BAHARU UMK  

Bachok, 26 Januari 2025 – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini telah merasmikan warna korporat dan penyerahan satu unit bas baharu yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK untuk kegunaan dan kemudahan pengangkutan pelajar dan staf Universiti.

Pada majlis ini Prof. Dr. Arham telah menyerahkan bas baharu UMK kepada YBhg. Dr. Mohamad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang merupakan inisiatif utama dan usaha gigih pasukan UMK  dalam memastikan perkhidmatan pengangkutan berada pada tahap yang tinggi.

Majlis perasmian ini turut disaksikan oleh YBhg. Prof. Dato. Dr. Razli bin Che Razak, Mantan Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dr. Huzili bin Hussin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Sr. Dr. Shardy bin Abdullah, Pengarah,Pusat Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (3PI), dan Pn. Wan Noor Azimah binti Wan Mohammad. Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai UMK dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).





ARCHIVE
2025
January (1)