FUNGSI                                                

♦ Mengurus rekod Lukisan Siap Bina dan rekod perakuan bangunan
♦ Mengurus kerja kejuruteraan (awam & struktur, mekanikal dan elektrik) universiti
♦ Menyediakan Laporan Kemajuan Pembangunan Fizikal Universiti dan mengemukakan kepada pihak-pihak berkepentingan
♦ Merancang dan mengurus projek pembinaan baharu, kerja ubah suai dan naik taraf Infrastruktur Universiti (RM20,000.01 dan ke atas)

 

                 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN                  

1. Penyediaan dan pengurusan dokumen permohonan projek pembangunan fizikal (tidak termasuk fizikal peralatan) Universiti di bawah Rancangan Malaysia

2. Penyediaan rekabentuk (senibina, awam & struktur, mekanikal dan elektrik) termasuk Lukisan Rekabentuk, Lukisan Tender, Senarai Kuantiti (mekanikal/ elektrik sahaja)
projek pembinaan baharu, kerja ubah suai dan naik taraf Infrastruktur Universiti (RM20,000.01 dan ke atas) selain peruntukan pembangunan mengikut
keperluan projek selaras dengan peraturan kerajaan yang berkuatkuasa (tidak termasuk Infostruktur/ ICT/ Siaraya) seperti berikut:-

Kerja Awam & Struktur
♦ Kerja Tanah
♦ Pagar Kawasan
♦ Kerja Struktur & Bangunan
♦ Sistem Jalan Termasuk Jalan Masuk dan Jalan Dalaman
♦ Sistem Perparitan dan Saliran (termasuk saliran permukaan)
♦ Sistem Rawatan Kumbahan (Pembentungan)
♦ Sistem Bekalan Air ke Bangunan
♦ Tempat Letak Kenderaan

 

Kerja Elektrik
♦ Kecekapan Tenaga
♦ Sistem Pengcahayaan
♦ Janakuasa Tunggu Sedia
♦ Kerja Low Voltage (LV) Termasuk Bagi Kegunaan Sistem Extra Low Voltage (ELV) dan Kerja High Voltage
(HT - sistem bekalan elektrik ke bangunan)
♦ Pengcahayaan Luar Bangunan
(lampu jalan dan lampu laman)
♦ Sistem Perlindungan Kilat

 

Kerja Mekanikal
♦ Mesin Angkat Lif
♦ Kecekapan Penggunaan Tenaga
♦ Sistem Paip Air Dalaman dan Sanitari
♦ Sistem Pencegah Kebakaran
(termasuk sistem penggera kebakaran dan alat pemadam api)
♦ Kerja Sistem Penyaman Udara dan Pengudaraan


             3. Khidmat nasihat dan penyelarasan keperluan senibina, awam & struktur, mekanikal, elektrik dan sistem bangunan bagi projek pembangunan fizikal universiti di bawah Agensi Pelaksana

4. Khidmat nasihat kesesuaian tapak serta keperluan senibina, awam & struktur, mekanikal, elektrik dan sistem bangunan bagi pelaksanaan sesuatu projek

5. Penyediaan spesifikasi dan pendaftaran aset/inventori (projek pembinaan baharu/ ubah suai/ naik taraf yang melibatkan perolehan aset/inventori)

 6. Khidmat nasihat dan pemeriksaan sistem mekanikal/ elektrik sedia ada sesuatu ruang bagi tujuan penambahbaikan/ naik taraf sistem tersebut

7. Penyelarasan hal berkaitan pembangunan fizikal universiti dengan Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi

8. Penyediaan Terma Rujukan pelantikan perunding dan pengurusan serta pemantauan kerja perunding

9. Penyediaan penyataan keperluan/ kehendak kerajaan (need statement) projek Reka dan Bina

10. Penyediaan anggaran jabatan dan bagi skop kerja mekanikal dan elektrik projek

11. Pemantauan dan penyeliaan tapak bina 

12. Pengurusan bayaran projek