FUNGSI                                                  

♦ Membantu dalam pengurusan pembangunan, kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikian kerosakan dan pengurusan teknikal,logistik serta urusan kerja perkhidmatan di UMK Kampus Jeli.

 

                    PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN                    

1. Menguruskan penyelenggaraan berkala bagi sistem bekalan elektrik utama dan sistem berkaitan mekanikal di UMK Kampus Jeli
2. Mengurus dan memastikan ruang-ruang di universiti diselaraskan dengan sempurna mengikut keperluan pengguna (Permohonan Penggunaan Ruang)
3. Menguruskan kerja-kerja ubahsuai, naiktaraf dan pembinaan kemudahan infrastruktur tambahan lain yang melibatkan skop elektrik, mekanikal dan awam sehingga RM20,000.00
di UMK Kampus Jeli melibatkan proses reka bentuk, penyediaan spesifikasi, sebutharga/tender dan pemantauan kerja kontraktor serta proses pembayaran
4. Menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan kerosakan elektrik, mekanikal dan awam bagi semua bangunan, kemudahan dan kawasan sekitar UMK Kampus Jeli
5. Menguruskan pelaksanaan kerja-kerja teknikal yang berkaitan dengan majlis atau program rasmi universiti yang diadakan di UMK Kampus Jeli
6. Mengurus dan memastikan perkhidmatan pembersihan dan pencucian bangunan, perkhidmatan pembersihan kawasan sekitar
di dalam kawasan Universiti dilaksanakan dengan sempurna