Latar Belakang

Mengenai Kami

Semenjak penubuhan Universiti Malaysia Kelantan pada tahun 2007, Jabatan Pembangunan, Infra dan Perkhidmatan (JPIP), berperanan sebagai tulang belakang dalam perancangan dan pembangunan fizikal Universiti.  Penstrukturan semula carta organisasi dan penjenamaan nama Jabatan Pembangunan Infra dan Perkhidmatan kepada Pusat Pembangunan Infra dan Perkhidmatan (PPIP) telah diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 6/2013.  Pada Mac 2016, PPIP disusun semula untuk memantapkan fungsi pengurusan infra dan aset universiti serta pengurusan projek pembangunan.  Penyusunan tersebut melahirkan dua buah pejabat, iaitu Pejabat Pengurusan Infra dan Aset (PPIA) dan Pejabat Pengurusan dan Pembangunan Projek (PPPP).  Pada Jun 2018, dua Pejabat teknikal ini disatukan dan dijenama semula sebagai Pejabat Pembangunan Universiti (PPU). Pada April 2019, PPU dijenamakan semula sebagai Pusat Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (3PI) 

 

About Us

Visi


Untuk menjadi sebuah jabatan teknikal yang berwibawa dalam pengurusan pembangunan, penyelenggaraan, dan perkhidmatan infrastruktur serta aset Universiti.

Misi


Untuk menyediakan keperluan infrastruktur dan perkhidmatan asas selaras dengan Visi dan Misi Universiti.

Objektif


  1. Untuk mengurus projek pembangunan infrastruktur yang cekap dan berkesan;
  2. Untuk memastikan penyelenggaraan infrastruktur dilaksanakan secara sistematik; dan
  3. Untuk menyediakan perkhidmatan kemudahan infrastruktur universiti yang menepati keperluan pelanggan.